Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Asal-Usul, dulu dinamakan Kampung Balik Bukit. Semasa itu orang Jawa datang disitu dan penduduk sudah ramai, mereka memilih tanah-tanah yang kosong dan berpaya. Tanah-tanah bukit telah dimiliki oleh orang-orang Cina dan Orang Inggeris. Maka orang-orang Jawa yang datang diminta untuk mengusahakan tanah-tanah paya. Jadi disebabkan banyak tanah-tanah paya dibuka untuk pertanian, maka nama kampung ini dinamakan Kampung Paya. Pada ketika itu, Kampung Paya Dalam mendapat nama ketika Sekolah di kawasan itu mahu dibuka pada tahun 1977.

Pada ketika itu sekolah berkenaan hendak diberikan nama adakah Sekolah Kampung Paya, tetapi pada ketika itu Pegawai Jabatan Pendidikan Melaka orang Melayu yang bernama Jamil bin Osman dan Inggeris. Oleh sebab perkampungan ini terletak jauh di pendalaman, mereka menamakan kampung tersebut dengan Kampung Paya Dalam, disebabkan kedudukan yang jauh di pendalaman bukan disebabkan payanya dalam. Jadi nama kampung dalam didapati ketika hendak merasmikan sekolah berkenaan dan nama kampung diberikan dengan Kampung Paya Dalam dan Sekolah Kampung Paya Dalam.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Education Games Online –Snoring 2 Winter Edition

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2018

Dapat menguji tahap kepantasan peserta untuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan dan melihat sejuah mana kepekaan peserta... baca selanjutnya

Education Games Online –Typing Speedtest

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2018

Aktiviti sebegini dijalankan kerana dapat embina ikatan bersama peserta Pi1M, peserta dapat melakukan aktiviti yang berfaedah serta dapat mengeratkan silaturahim bersama peserta... baca selanjutnya

Education Games Online –Bricks Breaking 2

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2018

Bertujuan untuk menguji tahap kepantasan peserta, melihat sejuah mana kreativiti peserta dalam memenangi pertandingan ini... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. baca selanjutnya